Kita tidak perlu menjadi besar
untuk menyumbang sesuatu
tetapi memadai menjadi yang terkecil
tetapi dapat memberi makna yang besar
Mengapa perlu menoleh ke belakang
apabila hendak menuju ke hadapan
kadangkala kita tidak perlu berbuat begitu
kerana di hadapan kita lebih luas dan terang
Mimpi indah yang kita mainkan
tidak tentu akan kekal lama
tat kala kita tersedar dari mimpi
itulah hakikat kehidupan kita yang sebenarnya
Jangan menghitung berapa kali kita jatuh
tapi bangunlah
kerana setiap kali kita jatuh
sebenarnya kita mengutip sesuatu....
Setiap kali kita menangis
hatilah yang sering memujuk
tapi tat kala kita ketawa
hatilah yang sering terguris
Jalan yang paling baik
adalah jalan yang belum pernah kita lalui
kalau kita masih mengikut jalan yang sama pada setiap masa
sebenarnya kita tak pernah sampai ke mana-mana..
Kad Raya Khas untuk Insan yg disenangi
Friday, August 15, 2008
Jadilah Yang Lebih Bermakna......
Posted by Ally at 1:30 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment